Thursday, August 5, 2010

Kuliah 2 -> kOnsEp KajiaN TinDakaN

Pada kuliah ini pula, para cikgu telah diajar mengenai konsep kajian tindakan iaitu;

Menurut John Elliot;

" concerned with everyday practical problems experiences by teachers rather than the theoretical problems define by pure researchers within a discipline knowledge"

Menurut Pamela Lomax & Jack Whitehead (1996) pula, kajian tindakan adalah ;-

a) memerlukan tindaka untuk peningkatan
b) menjadikan amalan sendiri sebagai fokus
c) melibatkan orang lain sebagai kolaborator
d) bermatlamatkan untuk menjana teori tentang amalan
e) menggunakan metod yang pelbagai untuk menjana data
f) mengesahkan bukti kajian secara profesional dan akademik
g) menerbitkan hasil kajian

Walaupun terdapat banyak sangat pendapat mengenai konsep mahupun istilah kajian tindakan ini, namun kebaanyakkan bersetuju bahawa kajian tindakan adalah...

...satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama 'orang dalam' di sesebuah organisasi atau komuniti tetapi tidak ke atas mereka...

Apa pun terdapat 4 tema asas dalam kajian tindakan ini iaitu pengupayaan partisipan, kolaborasi melalui penyertaan, pemerolehan pengetahuan dan perubahan sosial

Kajian Tindakan melibatkan....

- komitmen kepada PENAMBAHBAIKAN pendidikan
- soalan kajian yang khusus
- meletakkan 'SAYA' di tengah kajian
- tindakan khusus yang termaklum, komited dan bertujuan
- menyebarluaskan kajian kepada umum




2 comments:

  1. tq...mnta izin ,teman nk ambil point2 pnting ...

    ReplyDelete
  2. tahniah...blog yg mnarik..byk mbntu teman wt pjj..

    ReplyDelete